KECINTAAN kepada bola sepak boleh hadir dengan pelbagai cara. Kecintaan kepada pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya juga sering kali memeriahkan arena sukan negara.
Dua individu ini, Musa Norisi, 56, dan Iman Salus, 47, mungkin boleh menjadi antara contoh nyata betapa bola sepak menghadirkan 'cinta luar biasa'.
Mana tidaknya, mereka hari ini sanggup hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023.
Mereka bukan dari Semenanjung, sebaliknya dari Kota Samarahan, Sarawak.
"Kami sampai semalam, hari ini terus ke stadium. Esok balik ke Sarawak.
"Memang kami banyak kali juga buat macam ini. Semuanya demi Malaysia," kata Musa.
Iman pula berkata, setiap kali perlawanan besar melibatkan Harimau Malaya, mereka pasti hadir.
"Ada saja 'game' besar, kami mesti datang. Tengok bola, esoknya balik," katanya.
Malaysia bakal menentang Tajikistan malam ini bagi penentuan juara saingan Pestabola Merdeka 2023.
Kali terakhir kejohanan ini berlangsung adalah pada 2013 dengan Malaysia, dibimbing Datuk Ong Kim Swee menjuarai kejohanan tersebut.
Malaysia menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir itu, hasil jaringan Rozaimi Abd Rahman dan Junior Eldstal.
Eldstal masih lagi berada dalam skuad kebangsan yang terkini dan pastinya rakyat Malaysia mengharapkan magis pada 2013 berulang.
Ridauddin Daud
Tue Oct 17 2023
Musa (tengah) dan Iman (kanan) bersama rakan baharu mereka dari Johor, Hafizan Mahyuddin yang sama hadir di SNBJ pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
'Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt
Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan tersebut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Oktober 2023.
Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka
Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
Pestabola Merdeka: 'Terbang dari Sarawak demi Harimau Malaya'
Penyokong sanggup hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023.
Pestabola Merdeka: Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat
Jurulatih Tajikistan dedah pasukannya kehilangan 15 pemain menjelang aksi final Pestabola Merdeka malam esok.
Pan-gon sudah jangka padang akan rosak
Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka.
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final selepas baham India 4-2
Harimau Malaya berjaya mempamerkan taring sebenar dan hanya selangkah daripada merangkul gelaran ke-13 Pestabola Merdeka dengan mengejutkan India, 4-2.
FAM perlu ada pelan sokongan
Irfan Bakti berkata, perancangan akan memastikan penganjuran Pestabola Merdeka berjalan lancar dan tidak menjejaskan objektif pasukan negara.
Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.
Pestabola Merdeka: Junior tekad ulangi magis 10 tahun lepas
Tonggak pertahanan negara Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Okt ini.